Terima Kasih Pengerusi KETENGAH.

10 Julai 2021- Bandar Al Muktafi Billah Shah.

Seramai 458 orang kakitangan KETENGAH dan Anak Syarikat KETENGAH telah menerima bantuan bakul makanan dari YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH. Pada majlis berkenaan, Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) merangkap Presiden Kelab Keluarga KETENGAH (Kelab 3K) telah menerima sumbangan dari Pengerusi KETENGAH untuk diagihkan kepada mereka yang terlibat. Manakala bagi Anak Syarikat pula, mereka telah menghantar wakil masing-masing untuk menerima sumbangan. Terima kasih kepada YB Senator Datuk kerana sentiasa mengambil cakna dan prihatin terhadap kakitangan. Hadir sama pada program berkenaan YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH dan Tuan Haji Zaid bin Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding.