Pelancaran Program KETENGAH Ambik Cakne “Lockdown”
12 Jun 2021- Bandar Al Muktafi Billah Shah.
YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH bersama-sama YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH telah melancarkan gimik sumbangan Program KETENGAH Ambik Cakne Lockdown.
Program ini merupakan insentif KETENGAH menerusi Ketengah Holding Sdn. Bhd. yang memperuntukkan peruntukan sebanyak RM366,000. Bantuan berupa bakul makanan keperluan asas diberikan kepada 3200 keluarga terdiri daripada golongan B40 di Negeri Terengganu. Hadir sama Tuan Haji Mohd Zaid bin Haji Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding Sdn. Bhd.