Majlis Jasamu Dikenang Setulus Ingatan Kekal Abadi

Pada 24 September 2020 yang lalu, satu majlis persaraan Puan Che Ku Norrizam binti Che Ku Ibrahim telah diadakan di  Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu. Majlis “Jasamu dikenang setulus ingatan kekal abadi “ ini turut dihari oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Ketengah Perwira Sdn Bhd dan  Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Ketengah Jaya Sdn Bhd. Majlis juga diserikan dengan ucapan dari En Che Wan Abdillah bin Che Wan Mat Amin selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ( Operasi ) Kumpulan.

Kami mengucapkan selamat bersara buat Puan  Che Ku Norrizam dan selamat beristirehat. Semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan.