22 Ogos 2024 – Unit Audit & Integriti Ketengah Holding Sdn Bhd telah menerima kunjungan hormat dari Unit Audit Dalam GIATMARA Malaysia yang diketuai oleh Pn Rosfarizam bt Zainal Abidin, Pengurus Besar Unit Audit Dalam manakala Ketengah Holding Sdn Bhd diketuai oleh Encik Che Wan Abdillah bin Che Wan Mat Amin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bersama pengurusan Ketengah Holding Sdn Bhd. Sesi kunjungan hormat ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pendapat berkenaan proses pengauditan dalaman syarikat.
Selain itu juga, sesi ini dapat memupuk hubungan yang kukuh diantara syarikat dibawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan meneroka peluang kerjasama yang baharu.





