Syarikat Usahasama

LADANG RAKYAT TERENGGANU SDN.BHD. (34293-M)

Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. (LRTSB) telah ditubuhkan pada 2 Ogos 1977 dan menjalankan aktiviti perladangan kelapa sawit di kawasan seluas 9.893 hektar di Bandar Cheneh Baharu, Kemaman, Terengganu Darul Iman.

Syarikat ini mempunyai 3 rakan usahasama iaitu:

  • Ketengah Holding Sdn. Bhd. – 38.0%
  • PERMINT – 43.0%
  • Kumpulan Ladang-Ladang Terengganu – 19.0%

 


RAKYAT KETENGAH PERWIRA SDN.BHD. (46714-V)

Kilang Rakyat Ketengah Perwira Sdn. Bhd. (RKPSB) telah ditubuhkan pada 17 April 1979 dan menjalankan aktiviti memproses Buah Tandan Segar (BTS) bertempat di Bandar Cheneh Baharu, Kemaman, Terengganu Darul Iman. Kapasiti pemprosesan harian BTS adalah sebanyak 600 tan/hari.

Syarikat ini mempunyai 3 rakan usahasama:

  • Ketengah Holding Sdn. Bhd. – 10.0%
  • Ketengah Perwira Sdn. Bhd. – 32.0%
  • Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. – 58.0%