IKLAN JAWATAN KOSONG KOLEJ KETENGAH SDN BHD

Kami mempelawa individu yang berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk bersama-sama kami di Kolej Ketengah bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :-

PEMANDU KENDERAAN (Kontrak)

Syarat Lantikan:

a) Warganegara Malaysia; berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

b) Mempunyai sekurang-kurangnya SRP/PMR/PT3

c) Mempunyai lesen memandu Kelas D, E dan Lesen PSV yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P))

d) Keutamaan adalah kepada penduduk WILAYAH KETENGAH

e) Berkebolehan menyelenggara kenderaan adalah satu kelebihan

f) Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.

g) Bersedia untuk bertugas di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu.

h) Sanggup bekerja lebih masa dan dibawah tekanan

i) Sanggup membantu jabatan/ bahagian lain jika tidak memandu

j) Mempunyai sikap yang baik dan terpuji

k) Keperibadian yang matang

Calon-calon yang berminat dipelawa untuk mengemukakan resume terperinci, , nombor telefon dan gambar bersaiz pasport (tidak dikembalikan) ke alamat di bawah atau melalui email : admin@kolejketengah.edu.my (softcopy hendaklah dalam format PDF)

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah
Bandar Al Muktafi Billah Shah
Jalan Sultan Sulaiman
23400 Dungun
Terengganu

(Kami mengucapkan terima kasih kepada semua calon yang berminat, walaubagaimanapun, hanya calon yang disenarai pendek untuk temuduga akan dihubungi)

Tarikh Tutup Permohonan: 15 Disember 2021

#jawatankosong
#kolejketengah
#dungun