Program Jualan Sentuhan Rakyat 29 April 2018

Program Jualan Sentuhan Rakyat pada 29 April 2018 telah berlangsung dengan meriah dan jayanya di tapak Pasar MyFarm Outlet RTC Terengganu. Telah dianggarkan seramai 1,500 orang pengunjung hadir ke program ini. Program ini bertujuan membantu masyarakat untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan lebih murah berbanding harga pasaran. Turut diselitkan juga acara-acara menarik seperti kuiz ,kupon pembelian dan aiskrim percuma.