Kursus Usahawan Belia Kemahiran Membaiki Telefon Bimbit

Pada 11 dan 12 September 2017 yang lepas telah diadakan Kursus Usahawan Belia Kemahiran Membaiki Telefon Bimbit bertempat di Dewan Gunasama RTC Terengganu. Sambutan yang menggalakkan dari peserta terutamanya dari belia Wilayah KETENGAH meskipun kursus dijalankan pada hari bekerja. Di dalam kursus ini peserta didedahkan dengan teori asas berkenaan telefon bimbit, pengenalan alat-alatan membaiki dan cara menggunakannnya serta pengenalan alat-alatan program dan software . Diharap ilmu dan kemahiran yang dipelajari dapat digunakan dalam usaha untuk membantu menjana pendapatan warga belia didalam Wilayah Ketengah dengan menjadikan kemahiran ini sebagai salah satu punca pendapatan.