KENYATAAN TAWARAN PEMBEKALAN BAJA BAYOVAR ROCK PHOSPHATE

KETENGAH PERWIRA SDN BHD

KENYATAAN TAWARAN

Adalah dengan ini kami mempelawa “PENGELUAR, PENGIMPORT DAN PENGEDAR BAJA” di malaysia untuk menyertai tawaran sebutharga bagi membekal dan menghantar baja ke ladang kami sebagaimana butiran berikut :-

NO. SEBURHARGA BUTIRAN

 

SH/KPSB/BRP

/2019

Membekal dan menghantar Baja Bayovar Rock Phosphate (26% – 30%P) ke Ladang Ketengah Perwira Sdn Bhd, Bandar Cheneh Baharu, 24000 Kemaman, Terengganu sebanyak 1,305.60MT.

 

Dokumen berikut boleh dimuat turun di laman sesawang https://ketengahholding.com.my

 

Lampiran 1 – Borang Sebutharga

Lampiran 2 – Jadual Penghantaran

Lampiran 3 – Syarat ‘Penalties’

Sebutharga mestilah termasuk kos memunggah dan kos penghantaran serta kos-kos lain yang terlibat dalam sebutharga ini. Semua sebutharga mestilah menggunakan Borang Sebutharga yang disediakan (Lampiran 1) dan hendaklah sampai/dimasukkan ke dalam Peti Tawaran Sebutharga tidak lewat atau pada hari Selasa, 23 April 2019 sebelum jam 5.00 petang pada tempat seperti alamat di bawah.

Ketua Pegawai Eksekutif

Ketengah Perwira Sdn Bhd

Lot 70029, Jalan Sultan Zainal Abidin 3

     Bandar Al Muktafi Billah Shah,

23400 Dungun, Terengganu

No Tel: 09-8223800

Ketengah Perwira Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tawaran ini dan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau sebarang tawaran.

Sila klik link dibawah untuk maklumat lanjut:

BORANG SEBUTHARGA BAJA BRP

JADUAL PENGHANTARAN BRP

PENALTIES