Perutusan Pengerusi

Assalamualaikum W.B.T

Salam sejahtera dan selamat datang ke laman web KETENGAH Holding Sdn. Bhd.

Dalam merentasi arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini KETENGAH Holding yang diamanahkan untuk membangun masyarakat luar bandar di dalam Wilayah KETENGAH berbangga untuk berkongsi informasi dengan menyumbang sesuatu yang cukup bermakna ke arah menyalur maklumat berkaitan organisasi yang dipertanggungjawabkan untuk membawa kemajuan dan kesejahteraan.

Perkembangan pesat yang berlaku di peringkat global, ditambah dengan kepantasan kemajuan teknologi maklumat, telah mendorong kita supaya peka kepada perubahan. Saya berharap agar anda dapat mengaplikasikan laman sesawang ini dengan sebaik mungkin sepanjang tempoh pelayaran anda dalam pencarian sumber maklumat yang ingin digapai. Semoga laman web ini membantu dalam menyampaikan maklumat yang cepat dan tepat untuk meningkatkan lagi keupayaan perkhidmatan kepada kumpulan sasar.

Kami sedapat mungkin cuba memberikan yang terbaik kepada anda. Justeru itu, saya menaruh harapan yang tinggi agar laman web ini dapat menyumbangkan kepada keperluan masa kini.

Seterusnya saya mengalu-alukan pandangan pengunjung demi memantapkan lagi laman web untuk faedah bersama.

Wassalam,

YBhg. Dato’ Haji Din bin Adam
PENGERUSI
Ketengah Holding Sdn. Bhd.